Pusat Perahu Layar

Pusat Perahu Layar Langkawi ini telah dibina di Kuah, Langkawi dan merupakan kompleks sukan air utama di Negeri Kedah bagi acara perahu layar dan lain-lain acara sukan air.

Pada 30 Ogos 2006 Majlis Mesyuarat Kerajaan telah membuat keputusan bahawa Pusat Perahu Layar Langkawi adalah antara venue yang diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Stadium Negeri Kedah Darul Aman. Pengambil alihan tersebut berkuatkuasa pada 1 November 2006.

Pada Mac 2008, pusat ini telah mula beroperasi dan diuruskan oleh Persatuan Perahu Layar Kebangsaan dan Persatuan Perahu Layar Negeri Kedah Darul Aman.

Share

Translate »