Stadium Sultan Abdul Halim

PengenalanKemudahanSewaan Dan HargaPeta Lokasi

Stadium Sultan Abdul Halim dibina pada tahun 2002 di atas kawasan seluas 9.2 hektar dengan kos sebanyak 10 juta. Stadium tertutupnya mempunyai kasiti penonton sebanyak 4,682 dengan kesemuanya berkerusi. Pengurusan dan pentadbiran stadium tersebut di letakkan di bawah Majlis Sukan Negeri Kedah (MSNK).

Pada 1 Januari 2004, Stadium Sultan Abdul Halim telah diambil alih oleh Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd. Stadium ini telah digunakan sebagai venue untuk acara gimnastik dan gimrama semasa panganjuran SUKMA XI yang diadakan di negeri Kedah pada 28 Mei 2006 hingga 6 Jun 2006.

Pada 30 Ogos 2006 Majlis Mesyuarat Kerajaan telah membuat keputusan bahawa Stadium Sultan Abdul Halim adalah antara venue-venue yang di letakkan di bawah pengurusan Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah. Pengambil alihan tersebut berkuatkuasa pada 1 November 2006.

Aktiviti-Aktiviti Di Stadium Sultan Abdul Halim

Sumber Pendapatan stadium adalah daripada hasil penyewaan gelanggang badminton, gelanggang sepak takraw, gelanggang bola jaring, gelanggang bola tampar, gelanggang ping pong, gelanggang futsal dan gelanggang street soccer yang sewa pada setiap hari selain daripada hasil penyewaan stadium tersebut yang melibatkan acara yang besar dan gemilang.

Kemudahan-Kemudahan Stadium Sultan Abdul Halim

Stadium ini menyediakan kemudahan-kemudahan stadium tertutup, padang bola sepak, bilik persalinan, bilik rehat VVIP, bilik mesyuarat, gelanggang badminton, gelanggang sepak takraw, gelanggang bola jaring, gelanggang bola tampar, gelanggang ping pong, gelanggang futsal dan gelanggang street soccer. Kemudahan tersebut disediakan dengan kadar sewa yang berpatutan.

PERKARA KADAR SEWA( RM )
Stadium Tertutup (Karvinal dan Acara) 2500.00 / Hari
Stadium tertutup (Konsert) 4300.00 / Hari
Persiapan tempat 500.00 / Hari
Penggunaan Penghawa Dingin 580.00 / Jam
Perkarangan Stadium 970.00 / Hari
Padang Bola Sepak 1170.00 / Hari
Kos kebersihan 500.00
Bilik Persalinan (L/P) 150.00 / Bilik
Bilik Rehat VIP 300.00 / Hari
Bilik Mesyuarat 150.00 / Sesi
Badminton 15.00 / Jam
Sepak Takraw 15.00 / Jam
Bola Jaring Dalam Dewan 80.00 / Jam
Bola Jaring Luar Dewan 150.00 / Jam
Bola Tampar Dalam Dewan 150.00 / Jam
Ping Pong 20.00 / Jam
Futsal 85.00 / Jam
Padang Bola Sepak 70.00 / Jam
Street Soccer (Luar Dewan) 60.00 / Jam
Sewaan Dewan Untuk Latihan 150.00 / Jam

Untuk mendapatkan maklumat berkenaan sewaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan :

Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah Darul Aman,
Astaka Utama, Stadium Darul Aman,
Lebuhraya Darulaman,
05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman
Tel : +604 733 7313

Share