Fungsi

  1. Mengurus, mengendali dan menyelenggara stadium dan kemudahan sukan di bawah tanggungjawab PSNK.
  2. Melaksanakan dasar dan program pembangunan bagi menjamin daya maju stadium dan kemudahan sukan.
  3. Untuk memaju, menambahbaik, menyedia dan melengkapkan satdium dengan kelengkapan stadium dengan kelengkapan dan perkakasan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh PSNK.
  4. untuk mempromosikan stadium di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa sebagai suatu tempat serbaguna untuk acara sukan, rekreasi, kebudayaan, pendidikan, komersial dan hiburan dan apa-apa acara lain yang difikirkan patut oleh PSNK.
  5. Untuk membangunkan dan menyediakan di stadium apa-apa kemudahan dan perkhidmatan bersifat komersial yang melengkapi stadium, termasuklah tempat penginapan.
  6. Untuk menggalakkan dan mempromosikan penggunaan stadium oleh mana-mana orang, sama ada tempatan atau asing, atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut oleh PSNK.
  7. Untuk menyediakan perkhidmatan teknikal, perundangan dan perkhidmatan lain yang berkaitan sukan dan kemudahan sukan.
  8. Untuk bekerjasama dan membuat perkiraan dengan mana-mana ornag yang berminat dalam pembangunan kemudahan pendidikan, perubatan dan penyelidikan bagi sukan di stadiu, dan jika sesuai, di tempat lain untuk pembangunan kemudahan  sedemikian.
  9. Untuk memajukan sistem dan proses yang akan menjadikan stadium dan kemudahan sukan mudah, mampu dan menarik kepada orang awam.
  10. Untuk menjalankan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang difikirkan patut untuk membolehkan melaksanakan fungsinya.
Share