Pusat Akuatik Negeri Kedah

Pusat Akuatik yang merupakan gelanggang utama sukan air negeri Kedah ini dibina atas kawasan seluas lapan hektar dengan keseluruhan bangunan 30,000 kaki persegi dan kos sebanyak RM 37  juta. Mempunyai tiga kolam renang iaitu kolam pertandingan (50X25 meter) terjunan (25.5X25.5 meter) dan kolam latihan.

Pada 30 ogos 2006 Majlis Mesyuarat Kerajaan telah membuat keputusan bahawa Kompleks Akuatik adalah antara venue yang di letakkan di bawah pengurusan Perbadanan Stadium Stadium Negeri Kedah. Pengambil alihan tersebut berkuatkusa pada 1 Mac 2007.

Pentadbiran Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah telah menempatkan menempatkan beberapa orang petugas dan seorang penyelamat bertauliah

Kemudahan-Kemudahan Di Kompleks Akuatik Negeri Kedah

Kemudahan yang disediakan di Pusat akuaik adalah hospitallity box, bilik vip dan vvip, surau, tandas awam, bilik media serta gymnasium. Pusat Akuatik ini dimulakan pembinaan pada 3 Oktober 2004 dan siap sepenuhnya pada 31 Disember 2005. Seterusnya diserahkan kepada Kerajaan Negeri Kedah pada Mac 2006. Kemudahan ini dibina khusus unutk panganjuran SUKMA XI yang diadakan di negeri Kedah pada 28 mei 2006 hingga 6 Jun 2006.

Aktiviti-Aktiviti Di Kompleks Akuatik Negeri Kedah

Kompleks Akuatik ini dibuka kepada orang awam pada setiap hati dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Ia menjadi tumpuan altet-atlet negeri Kedah dan persatuan-persatuan renang untuk menjalani latihan dan menambah stamina.