Stadium Darul Aman

PengenalanSewaan Dan HargaPeta LokasiGaleri

Stadium Darul Aman mula dibina pada tahun 1967. Mempunyai kapasiti penonton sebanyak 30,000 dengan semuanya berkerusi selepas pengubahsuaian pada tahun 1997 dan 2006.

Kerajaan Negeri pernah menyerahkan pengurusan Stadium Darul Aman kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) 1997 dan pihak KFA telah menubuhkan Lembaga Pengurusan Stadium Darul Aman untuk menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran, pengurusan dan penyelenggaraan Stadium Darul Aman.

Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 30 Ogos 2006 telah membuat keputusan bahawa Stadium Darul Aman adalah antara venue yang diletakan dibawah pengurusan Perbadanan Stadium Negeri Kedah. Pengambil alihan tersebut berkuatkuasa pada 1 November 2006.

Stadium Darul Aman mempunyai padang bolasepak dimana perlawanan Liga Super, Liga Piala Malaysia, Piala Malaysia dan Piala Presiden diadakan.

Disamping itu trek olahraga, Acara lain yang boleh diadakan didalam stadium adalah perhimpunan, pertunjukan hiburan, perbarisan dan lain-lain

Diluar Stadium

Gerai-gerai, Bazaria Larut Malam, Car Boot Sale dan Bazaria Ramadhan

PERKARA KADAR SEWA( RM )
Padang Bolasepak 500.00
Perkarangan Stadium 2000.00
Trek Olahraga 500.00
Peralatan Olahraga 400.00
Persiapan Tempat 500.00
Scoreboard 650.00
Kos Kebersihan 500.00
Bilik Pengadil 150.00
Bilik Rawatan 150.00
Bilik Pegawai 150.00
Bilik Korporat 500.00
Bilik VIP (Holding Room) 320.00
Bilik Persalinan Utama 250.00
Bilik Persalinan 150.00
Bilik Mesyuarat (Kenanga) 150.00
Bilik Sidang Media 150.00
Bilik Jamuan (Alamanda) 200.00
Kaunter Tiket 200.00
Tempat Letak Kenderaan Bas 400.00
Lampu Limpah – Kecerahan 25 % 350.00
Lampu Limpah – Kecerahan 75 % 500.00
Lampu Limpah – Kecerahan 100 % 1,250.00
Lampu LED Di Bumbung Astaka 500.00

Untuk mendapatkan maklumat berkenaan sewaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan :

Perbadanan Stadium Negeri Kedah Darul Aman,
Astaka Utama, Stadium Darul Aman,
Lebuhraya Darulaman,
05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman
Tel : +604 733 7313

 

Untuk mendapatkan maklumat berkenaan sewaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan :

Perbadanan Stadium Negeri Kedah Darul Aman,
Astaka Utama, Stadium Darul Aman,
Lebuhraya Darulaman,
05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman
Tel : +604 733 7313

Share

Translate »