Lapang Sasar Pokok Sena

PengenalanPeta LokasiGaleri

Lapang Sasar Menembak Pokok Sena dibina pada tahun 1996 dan diuruskan oleh Persatuan Menembak Negeri Kedah. Ia merupakan tanah milik kerajaan negeri Kedah seterusnya diberikan lesen pemilikan sementara (TOL) kepada Persatuan Menembak Negeri Kedah.

Lapang Sasar Menembak Pokok Sena tersebut telah diubahsuai bermula pada tahun 2005 dan siap sepenuhnya pada April 2006 sempena penganjuran SUKMA XI di negeri Kedah pada 28 Mei 2006 hingga 6 Jun 2006

Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 30 Ogos 2006 telah membuat keputusan bahawa Lapang Sasar Menembak Pokok Sena adalah diantara venue yang diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Stadium Negeri Kedah. Pengambil alihan tersebut berkuatkuasa pada 1 November 2006

Kemudahan-Kemudahan Di Lapang Sasar Pokok Sena

Kemudahan-kemudahan yang disediakan di Lapang Sasar Menembak Pokok Sena adalah bilik simpan senjata , surau lelaki dan perempuan, bilik urus setia , bilik pengadil, bilik VIP, bilik perubatan, bilik doping dan kawasan letak kereta yang luas.

 

 

Share

Translate »