Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah Tahun 2016 telah diadakan pada 28 Disember 2017 bertempat di Royale Signature Hotel Alor Setar.

Sebanyak 4 Anugerah telah disampaikan iaitu Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Anugerah Khas Pengurus Besar, Anugerah Khas 10 Tahun Pekhidmatan dan  Anugerah Kecemerlangan Sukan.Disamping itu penyerahan penerima Pingat dan Sijil Bronze Medallion (Penyelamat Nyawa) kepada 6 peserta yang menjalani latihan tersebut.

Penganugerahan ini dibuat setiap tahun sebagai satu tanda penghargaan Jabatan dan Kerajaan terhadap prestasi kerja yang cemerlang yang telah disumbangkan oleh warga Jabatan, Majlis APC ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Zulhusni Bin Rashid Pengurus Besar, Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah Darul Aman.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan nyanyian daripada warga Perbadanaan Stadium Negeri Kedah Darul Aman.

 

Share

Translate »