Audit Pensijilan Program Amalan Persekitaran Berkauliti QE/5S

5 Februari 2018 – Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah Darulaman telah
melakar satu sejarah apabila berjaya mendapat pensijilan untuk pertama kali amalan persekitaran
berkualiti QE/QE.
Hal ini adalah setelah Juruaudit Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Dr. Suriati Binti Zainal Abidin dan
Nursyahida Binti Mohamad Aszahari mengadakan lawatan ke PSNK untuk audit pensijilan amalan persekitaran berkualiti QE/5S.
Mesyuarat Pembukaan Lawatan Audit Pensijilan  Amalan Persekitaran Berkualiti 5S pagi ini yang
dipengerusikan oleh Pengurus Besar PSNk, Encik Zulhusni Bin Mohamad Rashid serta Ketua-ketua Zon 5S dan Warga Kakitangan PSNK

Menurut Zulhusni, sejajar dengan hasrat PSNK agar semua pihak berusaha mendapatkan
pengiktirafan kualiti daripada pihak luar, PSNK tidak melepaskan peluang ini bagi
mendapatkan Pensijilan Amalan Berkualiti 5s dalam mengekalkan usaha amalan dan pembudayaan 5S.
Tambahya, pelbagai aktiviti telah dirangka oleh Jawatankuasa Induk 5S dalam menyemarakkan aktiviti
5S seperti melaksanakan aktiviti latihan untuk warga PSNK seperti kursus yang dijalankan oleh
Perunding 5S yang dilantik serta latihan 5S yang dijalankan oleh jawatankuasa latihan 5S.
Program audit telah diteruskan dengan aktiviti menyemak dokumen-dokumen Jawatankuasa Induk 5S,
Jawatankuasa Kerja 5S (Induk, Latihan, Promosi, Audit) diikuti 7 zon yang dipilih iaitu
Zon 1 hingga Zon 4 di Stadium Darulaman, Zon 5  Stadium Sultan Abdul Halim, Zon 6 Pusat Akuatik Gunung Keriang dan Zon 7  Lapang Sasar Menembak Pokok Sena.

Selesai sahaja proses semakan dokumen, juruaudit diiringi ahli Jawatankuasa Kerja 5S mengadakan lawatan untuk
menyemak pelaksanaan 5S di zon-zon yang telah dipilih secara rawak oleh pihak juruaudit.
Menurut Dr. Suriati, PSNK layak untuk diberi pensijilan kerana berjaya
membuktikan segala perancangan, pelaksanaan, penilaian dan penambahbaikan terhadap sistem
persekitaran berkualiti sedia ada memenuhi piawaian sistem persekitaran berkualiti yang ditetapkan.

Tambah Zulhusni kejayaan ini adalah hasil usaha yang tidak kenal penat, dan kerjasama erat antara warga PSNK
yang komited dalam memastikan sijil 5S dapat diperolehi.
Tambah Zulhusni, aktiviti penanda aras daripada agensi luar ke PSNK untuk
berkongsi pengalaman dalam melaksanakan Program 5S telah mengukuhkan lagi kepercayaan MPC
untuk memberikan pengiktirafan pensijilan ini diteruskan.

“Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga PSNK kerana komited dalam melaksanakan
amalan 5S dan diharapkan ianya menjadi amalan yang berterusan,” kata Zulhusni.

Share

Translate »