MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KALI KEDUA PSNK 2025

Stadium Darul Aman, 18 Jun 2025 – Perbadanan Stadium Negeri Kedah (PSNK) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Kali Kedua Tahun 2025 bertempat di Arena Dahlia, Stadium Darul Aman. Majlis yang diadakan secara berkala ini bertujuan memperkukuh jalinan komunikasi serta semangat perpaduan dalam kalangan warga kerja PSNK.

Majlis dimulakan dengan sesi amanat khas oleh Pengarah PSNK, Encik Hakimi bin Jamil, yang menekankan kepentingan nilai integriti, disiplin dalam melaksanakan tugasan harian, serta pengukuhan semangat berpasukan dalam memacu kecemerlangan organisasi. Beliau turut menyeru agar seluruh warga kerja terus memberi komitmen yang tinggi demi kelangsungan prestasi cemerlang PSNK dan manfaat kepada masyarakat Negeri Kedah secara keseluruhan.

Majlis turut menjadi platform untuk menyampaikan maklumat terkini serta penghargaan terhadap sumbangan dan pencapaian warga kerja. Kehadiran yang memberangsangkan daripada semua bahagian mencerminkan semangat kekitaan dan sokongan padu terhadap kepimpinan serta halatuju organisasi.

Share

Translate »