Lawatan Sambil Belajar Ke Stadium Darul Aman

13 April 2017 – Seramai 308 orang pelajar  dan diiringi oleh beberapa orang guru Sekolah kebangsaan Labu Besar Kulim, telah menyertai lawatan sambil belajar ke Stadium Darul Aman.

 

               Kunjungan para pelajar telah di sambut  oleh Penyelia Venue Encik Ahmad Najeeb bin Othman . Taklimat ringkas telah diadakan terlebih dahulu khas untuk para pelajar, selepas itu para pelajar telah dibawa melawat kawasan sekitar Stadium Darul Aman. Mereka juga telah dibawa ke padang Stadium Darul Aman, disana mereka dapat melihat secara dekat di dalam kawasan stadium serta kemudahan yang ada disini. 
Share

Translate »