1. Bagaimanakah cara untuk menyewa kemudahan di stadium?
Permohonan sewaan boleh dibuat dengan menghubungi pejabat Perbadanan Stadium Negeri Kedah Darul Aman melalui telefon, emel rasmi atau hadir terus ke pejabat pentadbiran.
2. Apakah kemudahan yang boleh disewa di stadium?
Antara kemudahan yang disediakan ialah padang bola sepak, trek olahraga, ruang acara, tapak niaga serta kawasan parkir tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan.
3. Siapakah yang boleh memohon untuk menggunakan kemudahan stadium?
Permohonan terbuka kepada agensi kerajaan, syarikat swasta, persatuan sukan, penganjur acara dan orang awam..
4. Berapakah kadar bayaran sewaan kemudahan stadium?
Kadar bayaran bergantung kepada jenis kemudahan, tempoh penggunaan serta jenis program yang dijalankan.
5. Adakah stadium boleh digunakan untuk acara selain sukan?
Ya. Stadium boleh digunakan untuk acara seperti karnival, pameran, majlis rasmi, program komuniti dan lain-lain tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan.
6. Bagaimanakah cara untuk menyertai program anjuran stadium?
Maklumat mengenai program seperti kejohanan, aktiviti komuniti atau SSAH Night Football akan diumumkan melalui laman web rasmi serta media sosial Perbadanan Stadium Negeri Kedah Darul Aman.
7. Adakah tapak niaga disediakan di kawasan stadium?
Ya. Tapak niaga akan dibuka pada waktu atau program tertentu seperti perlawanan bola sepak, karnival atau musim perayaan.
8. Apakah waktu operasi pejabat pentadbiran stadium?
Pejabat pentadbiran beroperasi pada hari bekerja mengikut waktu pejabat kerajaan kecuali pada cuti umum.
9. Bagaimanakah cara untuk membuat aduan atau cadangan?
Sebarang aduan atau cadangan boleh disalurkan melalui emel rasmi, talian telefon atau borang maklum balas di laman web.
10. Bagaimanakah cara untuk menyewa kemudahan di stadium?
Stadium ini terletak di Stadium Darul Aman.
