Stadium Darul Aman mula dibina pada tahun 1967. Mempunyai kapasiti penonton sebanyak 32,387 dengan semuanya berkerusi selepas pengubahsuaian pada tahun 1997 dan 2006.
Kerajaan Negeri pernah menyerahkan pengurusan Stadium Darul Aman kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) 1997 dan pihak KFA telah menubuhkan Lembaga Pengurusan Stadium Darul Aman untuk menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran, pengurusan dan penyelenggaraan Stadium Darul Aman.
Majlis Mesyuarat Kerajaan yang bersidang pada 30 Ogos 2006 telah membuat keputusan bahawa Stadium Darul Aman adalah antara venue yang diletakan dibawah pengurusan Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah. Pengambil alihan tersebut berkuatkuasa pada 1 November 2006.
Stadium Darul Aman mempunyai padang bolasepak dimana perlawanan Liga Super, Liga Piala Malaysia, Piala Malaysia dan Piala Presiden diadakan.
Disamping itu trek olahraga, Acara lain yang boleh diadakan didalam stadium adalah perhimpunan, pertunjukan hiburan, perbarisan dan lain-lain
Diluar Stadium-
Gerai-gerai, Bazaria Larut Malam, Car Boot Sale dan Bazaria Ramadhan
Kadar Harga Penggunaan Stadium Darul Aman Sila Klik Disini