Pusat Akuatik Negeri Kedah

PengenalanKemudahanSewaan Dan HargaPeta Lokasi Galeri

Pusat Akuatik yang merupakan gelanggang utama sukan air negeri Kedah ini dibina atas kawasan seluas lapan hektar dengan keseluruhan bangunan 30,000 kaki persegi dan kos sebanyak RM 37 juta. Mempunyai tiga kolam renang iaitu kolam pertandingan (50X25 meter) terjunan (25.5X25.5 meter) dan kolam latihan.

Pada 30 ogos 2006 Majlis Mesyuarat Kerajaan telah membuat keputusan bahawa Pusat Akuatik adalah antara venue yang di letakkan di bawah pengurusan Perbadanan Stadium Negeri Kedah. Pengambil alihan tersebut berkuatkusa pada 1 Mac 2007.

Pentadbiran Perbadanan Stadium Negeri Kedah telah menempatkan beberapa orang petugas dan seorang penyelamat bertauliah

Aktiviti-Aktiviti Di Pusat Akuatik Negeri Kedah

Pusat Akuatik ini dibuka kepada orang awam pada setiap hari dari jam 8 pagi hingga 6 petang. Ia menjadi tumpuan atlet-atlet negeri Kedah dan persatuan-persatuan renang untuk menjalani latihan dan menambah stamina.

Kemudahan-Kemudahan Pusat Akuatik Negeri Kedah

Kemudahan yang disediakan di Pusat Akuatik adalah bilik vip dan vvip, surau, tandas awam serta bilik media. Pusat Akuatik ini dimulakan pembinaan pada 3 Oktober 2004 dan siap sepenuhnya pada 31 Disember 2005. Seterusnya diserahkan kepada Kerajaan Negeri Kedah pada Mac 2006. Kemudahan ini dibina khusus unutk penganjuran SUKMA XI yang diadakan di negeri Kedah pada 28 Mei 2006 hingga 6 Jun 2006.

KOLAM RENANG / PREMIS

PERKARA KADAR SEWA( RM )
Tiket Dewasa 4.00 / Sesi
Tiket Kanak-Kanak 2.00 / Sesi
Premis 300.00

LAIN-LAIN KEMUDAHAN

PERKARA KADAR SEWA( RM )
Kolam 5 Meter 400.00 / Sesi
Kolam 2.5 Meter 400.00 / Sesi
Kolam 1.45 Meter 400.00 / Sesi
PA Sistem 500.00 / Hari
Scoreboard / Peralatan 1000.00 / Hari
Bilik Taklimat 1 150.00 / Hari
Bilik Taklimat 2 150.00 / Hari
Bilik VIP 250.00 / Hari
Bilik VVIP 300.00 / Hari
Bilik Media 150.00 / Hari
Bilik Fisioterapi  150.00 / Hari
Bilik Doping  150.00 / Hari
Kafeteria  200.00 / Hari
Kos Kebersihan  150.00 / Hari
Lampu Limpah – Kecerahan 25%  350.00 / Hari
Lampu Limpah – Kecerahan 75%  450.00 / Hari
Lampu Limpah – Kecerahan 100%  700.00 / Hari

SKUBA

PERKARA KADAR SEWA( RM )
Dewasa / Kanak-Kanak 15.00 / Sesi

Untuk mendapatkan maklumat berkenaan sewaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan :

Perbadanan Stadium Negeri Kedah Darul Aman,
Astaka Utama, Stadium Darul Aman,
Lebuhraya Darulaman,
05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman
Tel : +604 733 7313

Share

Translate »