Kompleks Sukan Muadzam Shah

PengenalanKemudahanSewaan Dan HargaPeta Lokasi

Kompleks Sukan Muadzam Shah (Hijau Kuning) telah dibina dan rasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah pada 2 Februari 1987 dengan keluasan 6.2 Hektar.

Kompleks ini mulanya diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA). Kompleks ini digunakan sebagai pusat Akademi Bola Sepak atau  dikenali sebagai “Projek 2000” iaitu salah satu langkah untuk mewujudkan pembangunan bola sepak negeri Kedah dari akar umbi.

Pada 2002, Majlis Sukan Negeri Kedah (MSNK) telah mengambil alih kompleks tersebut dan diuruskan sepenuhnya oleh MSN Fasilities Management Berhad iaitu anak Syarikat Majlis Sukan Negeri Kedah.

Pada 30 Ogos 2006 Majlis Mesyuarat Kerajaan telah membuat keputusan bahawa Kompleks Sukan Muadzam Shah (Hijau Kuning) adalah antara venue yang diletakkan di bawah pengurusan Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah. Pegambil alihan tersebut berkuatkuasa pada 1 November 2006.

Aktiviti-Ativiti Di Kompleks Sukan Muadzam Shah

Penyewaan bilik penginapan menjadi aktiviti utama di kompleks sukan ini kerana ia menjadi tumpuan atlet-atlet sukan negeri Kedah, badan-badan Kerajaan serta swasta. Di antara aktiviti sukan yang melibatkan individu yang menyewa gelanggang di kompleks ini adalah bola sepak, hoki, skuash dan bola jaring. Selain itu bilik mesyuarat dan persidangan disini juga turut  menjadi pilihan kepada pelanggan yang menginap. Kompleks ini  mampu menarik bilangan pelanggan kerana ia merupakan satu-satunya venue sukan yang menyediakan kemudahan bilik penginapan.

Kemudahan-Kemudahan Di Kompleks Sukan Muadzam Shah

Kompleks ini mangandungi kemudahan penginapan dan prasarana sukan. Terdapat 46 bilik penginapan dan kemudahan sukan seperti padang bola sepak, padang hoki, 5 gelanggang skuash, gelanggang futsal dan bola  jaring. Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat disini ialah bilik mesyuarat untuk 15 orang, bilik persidangan yang memuatkan 50 orang, cafeteria untuk 100 orang dan dewan serbaguna.

Padang Bola Sepak
Padang Hoki
Gelanggang Skuasy
Bilik Suite
Bilik Anjung Khas
Bilik Asrama Anjung Hijau
Bilik Asrama Hijau Kuning
Bilik Suite

Untuk mendapatkan maklumat berkenaan sewaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan :

Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah Darul Aman,
Astaka Utama, Stadium Darul Aman,
Lebuhraya Darulaman,
05100 Alor Setar,
Kedah Darul Aman
Tel : +604 733 7313

Share