Perutusan Pengurus Besar

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa kesyukuran kerana diberi kesempatan untuk merakamkan sepatah dua kata sebagai perutusan di ruang laman web Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah. Adalah menjadi harapan agar laman web ini dapat dijadikan sebagai medium komunikasi dan penyampaian maklumat yang berkesan dalam memaklumkan segala aktiviti dan program yang telah berjaya dilaksanakan dengan baik diseluruh perkhidmatan kami. Pembaharuan harus dilaksanakan secara bersepadu dan berterusan iaitu dengan sentiasa melaksanakan penambahbaikan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.

Melalui laman web rasmi Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah adalah diharapkan supaya penyaluran maklumat dan jalinan komunikasi diantara masyarakat dapat dipertingkatkan. Selain itu , masyarakat juga didedahkan dengan aktiviti dan program seluruh perkhidmatan  yang dilaksanakan sepanjang tahun diseluruh negeri.

Justeru itu, adalah diharapkan laman web ini juga akan digunakan sebagai saluran untuk memberi maklumbalas atau teguran membina mengenai program-program yang dilaksanakan. Sekian , terima kasih

 

Encik Zulhusni bin Mohamad Rashid, BCK.
Pengurus Besar
Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah Darul Aman

Share