Majlis Penyampaian Sijil Persekitaran Berkualiti (5S)

3 Mac 2018 – Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah telah diberi pengiktirafan apabila empat sijil Persekitaran Berkualiti (5S) oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)  yang berlangsung di Pentas Kluster Barakah Ekspo Muafakat Kedah, Stadium Darul Aman .

Empat sijil yang terima adalah Venue Stadium Darul Aman, Stadium Sultan Abdul Halim, Pusat Akuatik Negeri Kedah dan Lapang Sasar Menembak Pokok Sena Kedah yang dibawah Pengurusan PSNK.

Dalam majlis ini juga, penganugerahan sijil turut diberikan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah, Kedah Medical Centre (KMC), Giat Mara Negeri Kedah, Halagel (M) Sdn Bhd dan Kilang Beras Kubur Panjang Sdn Bhd.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Besar Kedah Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Turut bersama  Yang Berbahagia  Dato’ Dr. Haminuddin Abd Hamid, Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia, Yang Berbahagia Dr, M Sugumaran, Pengarah MPC Wilayah Utara  dan Yang Berusaha Encik Zulhusni Rashid, Pengurus Besar PSNK.

Pada majlis itu, Ahmad Bashah berkata langkah memperkenalkan Amalan 5S ini difikirkan sesuai dan seiring dengan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan produktiviti organisasi. Ia juga memupuk budaya kreatif dan inovatif di kalangan agensi-agensi awam.

Besar harapan saya agar dengan pensijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) ini akan menyemarakkan lagi semangat para hadirin sekalian untuk terus memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif di Negeri Kedah khususnya dan di Malaysia amnya.

“Kecemerlangan ini mestilah diteruskan dan ditingkatkan lagi di masa akan datang.katanya.

Share