Majlis Pelancaran Dan Menandatangani Dokumen Usahasama Program Amalan Persekitaran Berkualiti (5S)

10 Oktober 2017 –  Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah telah melancarkan Majlis Pelancaran dan Menandatangani Dokumen Usahasama Program Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) diantara Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Perbadanan Stadium-Stadium Negeri Kedah (PSNK) di Lobi Utama Stadium Darul Aman . Majlis pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah MPC Ybhg. Tn Haji. Ab Rahim Yusoff’.
Pada majlis pelancaran tersebut, Penyelaras 5S PSNK, Encik Mohd Farieq Shahrizal Bin Hussain telah membacakan Ikrar 5S sebagai suntikan semangat kepada kakitangan PSNK untuk mengamalkan budaya 5S dengan jayanya.
Share

Translate »